Debate Club UTP

Home | Our Purpose | Malay Debate Team | English Debate Team | Chinese Debate Team | Becoming a Member | Calendar | Gallery | Members Page | Newsletter | Contact Us | Guest Book | Links

Newsletter

This page will publish articles, journals or any materials received from members. You can send your items via our e-mail or simply use the column below.

Debat dan Hala tuju
Oleh: Mohd Shafiq Fhadly bin Mahmud

futuredmcstaffedited.jpg

Ramai daripada rakan-rakan suka bertanya tentang kenapa perlu obses pada debat. Apa pentingnya debat dan untuk apa berdebat. Maka bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencari jawapannya tetapi soalnya adakah jawapan itu jawapan sebenar yang perlu dijawab.

 

            Debat bukan merupakan medan untuk bertikam lidah yang akhirnya akan menjurus kepada pertelingkahan tanpa penghabisan. Rasulullah juga melarang umatnya daripada berdebat tanpa batas sehinggakan Baginda bersabda yang bermaksud berdebat boleh mematikan hati seseorang. Bukan bermakna baginda melarang umatnya berdebat, tetapi berdebat perlulah dengan ilmu dan pada orang yang berhak, iaitu mereka yang tahu tentang ilmu tersebut dan bukan pada mereka yang jahil.

 

            Debat merupakan satu keperluan dalam agama. Dalam menetapkan hukum, dalam mengeluarkan fatwa dan membincangkan kaedah-kaedah berkaitan agama, ulama sememangnya akan berdebat. Untuk menguatkan hujah, maka dalil-dalil yang merupakan ayat-ayat Al-Quran dan juga sabda baginda Muhammad S.A.W. akan digunakan sebagai bukti. Dengan itu, maka lahirlah hukum-hakam yang ada hari ini. Yang wajib itu tetap wajib seperti solat, zakat dan haji tetapi isu-isu berkaitan merokok, botox dan segala permasalahan kehidupan harian dewasa ini yang tidak tercatit dalam al-Quran secara terus, maka perlu dibincang dan diperdebat untuk meletakkan nas yang kukuh.

 

            Sebagai pendebat yang baik, banyak perkara yang perlu dipatuhi; bukan pantang larang ilmu syirik tetapi peraturan-peraturan dan juga kaedah-kaedah yang perlu diikuti untuk menjadi seorang pendebat yang bagus dan mempunyai kualiti unggul. Artikel ini bukan bermaksud untuk melihat penulis sebagai seorang pendebat yang unggul, tetapi melalui pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa mungkin boleh dikongsi bersama agar menjadi manfaat buat yang baru atau lama. “Sampaikanlah walau satu ayat.”

 

            Sejak sekian lama menjerumus dalam kancah perdebatan, bermula seawal bangku sekolah sehingga hari ini, arena perdebatan di Malaysia telah melalui banyak transformasi terutama dari segi format pertandingan. Bermula dengan perdebatan bersifat konvensional, hari ini perdebatan ala-parlimen merupakan satu perubahan yang cukup memberangsangkan ke arah melahirkan bakal-bakal pemimpin yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis serta berhujah secara matang terutama dalam membincangkan isu-isu berkaitan negara dan dunia. Sekalipun tidak kesampaian sehingga begitu, sekurang-kurangnya pertandingan debat yang diadakan diharapkan berupaya untuk membariskan pimpinan yang boleh untuk berhujah dengan baik di dalam parlimen kelak tidak seperti hari ini.

 

            Tidak perlu untuk berbicara soal etika, tidak perlu berbincang tentang kaedah kerana semua itu sudah difahami secara mendalam. Bagi yang masih berjinak, mungkin pemahaman boleh ditingkatkan melalui perbincangan lain. Tetapi artikel ini lebih menjurus dalam membincangkan berkenaan kualiti perdebatan hari ini kalau sungguh, setelah lebih sepuluh tahun debat ala parlimen bertapak, adakah debat bahasa Melayu sekarang telah mencapai tahap yang membanggakan.

 

            Tiada kayu ukur lain selain kualiti yang lebih bersifat abstrak. Kalau debat bahasa Inggeris, ukuran pencapaian peringkat antarabangsa boleh dijadikan sandaran untuk mengukur kekuatan debat bahasa Inggeris di Malaysia. Tetapi bagi debat bahasa Melayu yang pentasnya hanya di peringkat nasional, faktor kualiti dijadikan elemen terpenting dalam menilai keadaan semasa.

 

            Bercakap soal kualiti, sukar untuk melompat ke dalam perbincangan ini kerana sifatnya yang tiada kuantiti dan tidak boleh disukat segantang atau sekilo. Kualiti di sini diterjemahkan melalui cara penyampaian, penghujahan dan yang lebih penting penerimaan persekitaran pada apa yang disampaikan.

 

Apakah yang dimaksudkan?

 

Debat sudah mempunyai satu treknya yang tersendiri mengikut format yang telah ditetapkan. Tetapi perlumbaan boleh berbeza-beza mengikut pembawaan pendebat sendiri. Namun pembawaan yang berkualiti perlulah bersifat telus dan amanah terutama dalam menganalisa sesuatu kes. Hari ini, kelibat pendebat dilihat hanya menganalisa usul dengan satu tujuan iaitu untuk menang. Memanglah setiap pertandingan itu bertujuan untuk menang tetapi kemenangan itu perlulah yang berkualiti. Dan kualiti ini perlu dipertahan demi memastikan perdebatan masa hadapan, hala tujunya bersifat terbuka dan terjamin. Siapa penentunya lagi kalau bukan kita.

 

*Penulis merupakan President Debate Club UTP merangkap Ketua Pasukan Debat Bahasa Melayu, Universiti Teknologi PETRONAS. Kepada yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap penulisan beliau, anda boleh emailkannya kepada kami.

Submit your articles or any materials now. Share with other friends.

Full name:
Email address:
Submission :
  

Debate Club UTP, Student Support Services, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Email us: debateclub_utp@yahoo.com