Make your own free website on Tripod.com

Debate Club UTP

Home | Our Purpose | Malay Debate Team | English Debate Team | Chinese Debate Team | Becoming a Member | Calendar | Gallery | Members Page | Newsletter | Contact Us | Guest Book | Links

Pasukan Debat Bahasa Melayu

Latar Belakang Pasukan

Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Teknologi PETRONAS ditubuhkan pada tahun 2004 hasil inisiatif bersama saudara Mohd Shafiq Fhadly bersama dua rakan lain, Abu Hanifah dan Ainul dengan penyertaan pertama dalam Pertandingan Debat Kemerdekaan 2004 yang berlangsung di Intekma Resort, UiTM Shah Alam. Setahun kemudian, pasukan ini menyertai Debat Lebuhraya sempena Sambutan Jubli Perak Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan menurunkan pendebat baru, saudara Husairil menggantikan saudara Ainul. Dua penyertaan ini memberi banyak pendedahan pengalaman kepada pasukan ini untuk belajar meningkatkan kualiti perdebatan dan kematangan berhujah walaupun tanpa bantuan jurulatih professional. Tahun 2006 menyaksikan kemuncak pencapaian pasukan dalam arena perdebatan setelah 3 tahun penglibatan. Pasukan Debat UTP telah berjaya untuk membuktikan usaha mereka selama ini apabila berjaya menjadi Johan, Debat Terbuka ASTAR, Universiti Malaya. Pasukan ini sekali lagi menurunkan muka baru iaitu saudara Hariri menggantikan saudara Husairil. Berikut adalah senarai penuh pendebat-pendebat Universiti Teknologi PETRONAS:
 
Pasukan Utama
 
Pendebat Pertama - Mohd Shafiq Fhadly Mahmud
Pendebat Kedua - Wan Muhammad Hariri bin Mohd Nasihuddin
Pendebat Ketiga - Abu Hanifah Ayob
Pendebat Simpanan - Aminurrasyid bin Mohd Sharaii
 
Pasukan Junior
 
Pendebat Pertama - Junnyarwin a/l Barat
Pendebat Kedua - Muhammad Hazwan Ahamad
Pendebat Ketiga - Mohd Hairul bin Abdullah
Pendebat Simpanan - Mohd Rasyid bin Rajab

 
 
Pencapaian

Sepanjang penubuhan, beberapa siri pertandingan telah disertai dan beberapa pencapaian diperoleh antaranya:
 
  • JOHAN 

       Debat Terbuka Universiti Malaya, 2006

 

  • NAIB JOHAN

       Debat Kefahaman Islam 2006

 

 PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN,

          Debat Terbuka UM, 2006

          - Mohd Shafiq Fhadly bin Mahmud

 

 10 PASUKAN TERATAS

          Debat Alam Sekitar 2006 (Suku Akhir)

  Debat Perpaduan 2006 (Separuh Akhir)

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Teknologi PETRONAS, anda boleh menghantarkan email ke debateclub_utp@yahoo.com.

Debate Club UTP, Student Support Services, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Email us: debateclub_utp@yahoo.com